Program Dropship Anabio

Program Dropship Anabio adalah hasil kerjasama antara Anabio Sdn. Bhd dan Anarich Sdn. Bhd dimana pembangunan produk-produk biodegradable dijalankan dan dihasilkan oleh Anarich Sdn.Bhd dan kami di pihak Anabio lebih fokus dalam menjayakan program dropship yang akan memberi manafaat kepada semua pihak.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan beg biodegradable mengantikan plastik pakai-buang (single use plastic), pihak Anabio mengambil inisiatif dengan menggunakan teknik penjualan dropship untuk memastikan kesedaran tentang kepentingan penggunaan produk biodegradable dapat dijayakan dengan memastikan pengguna mendapat menafaat dan keuntungan dengan mengambil keputusan yang bijak apabila bertukar kepada produk biodegradable Serai Wangi keluaran Anarich Sdn. Bhd.

Program Dropship Anabio memerlukan 100 agen dropship dan setiap pendaftaran sebagai agen kepada produk yang akan dikeluarkan oleh kami. Dalam pembangunan produk akan datang, kami akan lebih tertumpu kepada produk harian yang diguna oleh hampir setiap pengguna di Malaysia. Anda sebagai agen akan menjadi antara yang terpilih didalam pengedaran dan penjualan produk keluaran program Dropship Anabio.

Daftar hari ini dan sama-sama kita meningkatkan kesedaran tentang penggunaan produk biodegradable yang akan membantu mengurangkan pencemaran dan dalam masa yang sama menghasilkan pendapatan tambahan untuk anda.

Maklumat lanjut berkaitan pembangunan produk boleh didapati di www.anarich.com.my